Perjalanan ini adalah perjalanan menuju Allah. perjalanan yang mendambakan kasih sayang dan cinta-Nya.
Tuesday, December 15, 2015
Dugaan dan Cabaran: Untuk apa?
Assalamualaikum..
Alhamdulillah dan selawat serta salam ke atas Rasul junjungan.
Allah masih memberi keizinan kepada saya untuk berkongsi, mencoret pada kertas putih ini.
Sulit.sukar. susah. payah dan lelahnya hidup ini. Pasti adakalanya minda kita berfikir seperti ini kan? Ya. tidak dinafikan dalam hidup kita ni adakalanya dugaan yang mendatang terasa sangat berat. seolah-olah kita tidak mampu untuk terus menghadapinya. kita merasakan seolah-olah dugaan itu, hanya memberi kesulitan dan langsung menghalang kita daripada berasa aman, selesa dan bahagia dengan kehidupan kita.
Ingat ! sahabat, teman adik-adik, kakak2, abang2 semua.
Kita jangan terlalu leka dan membiarkan akal serta nafsu kita membisikkan perkara sedemikian. kerna dugaan yang Allah timpakan pada kita, bukan untuk memusnahkan kebahagiaan dan kegembiraan kita. Dugaan itu ditimpakan kepada kita kerna tujuan disebaliknya. Jika kita terus menerus membiarkan akal dan nafsu membisikkan bahawa dugaan itu pemusnah kebahagiaan. Kita akan menjadi orang yang tidak bersyukur, sentiasa mempersoalkan ketentuan Allah. kita akan menjadi sukar untuk menerima kenyataan.
Jadi sebaiknya, kita bersyukur kepada Allah. kerna menimpakan dugaan itu sebagai peringatan untuk kita. Hadirnya dugaan itu adalah untuk memberi kekuatan, membentuk keyakinan dan membina pengharapan hanya kepada Allah.
Allah kan sudah menyebut di dalam al-Quran, melalui surah al-Baqarah bahawa Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan bebanan yang berat. Dugaan dan ujian yang diturunkan-Nya adalah bersesuaian dengan kesanggupan dan kemampuan hamba-Nya. Cuba rujuk surah al_Baqarah, ayat 286.
ayuh , cuba kita lihat dalam hidup kita andainya tiada dugaan. kita akan terus leka dengan kemewahan. Lihat saja dalam drama-drama kita, kisah yang biasa dipersembahkan adalah tentang si kaya dan si miskin. Jelas sahabat. jelas pada drama-drama ini tentang pentingnya dugaan. si miskin selalunya terduga dan diuji dengan kemiskinan hartanya. itu dugaan bagi dia. tapi dugaan itulah yang menjadikannya seorang yang rajin, kuat, tabah dan yakin kepada Allah. sedang si kaya pula tidak menyedari bahawa dia juga diuji dengan hartanya yang banyak. dia leka, takbur juga kadangkala, bangganya pada harta yang dimiliki. tapi apabila Allah menurnkan sedikit kesusahan untuknya, dia akan merasakan bahawa dia sudah tidak sanggup untuk hidup, dia marah pada takdirnya. Lihat! betapa dugaan penting untuk menguatkan peribadi kita.
Jadi, jangan melihat dugaan yang Allah turunkan itu sebagai satu musibah dan bebanan semata-mata. Lihat dan jadikannya sebagai satu ibadah untuk kita. Menyelesaikan dugaan dan cabaran itu, jika kita ikhlaskan kerana Allah ia juga dikira sebagai ibadah. Jadi, tak ada alasan untuk kita mengatakan susahnya nak dapat pahala. Apa yang susah? tak ada pun. Semuanya Allah dah mudahkan untuk kita. tinggal kita je nak tengok dari sudut yang mana. Keep positive. dan of course terus optimis dalam setiap langkah okay.
Allah kata, "Setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan".
Semoga bermanfaat. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)