Friday, June 7, 2013

Cinta Makhluk vs Cinta Pencipta

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dan selawat ke atas Rasul junjungan. 

Pasti ramai yang mempunyai pengalaman bercinta dengan makhluk Allah bernama lelaki bukan? Apa perasaannya? bahagia? terluka? atau perasaan-perasaan lain pula yang hinggap? Apa yang pasti, setiap insan pastinya ada keinginan untuk mencintai dan dicintai. :). itu normal. tidak pelik pun, kerana fitrahnya memang begitu tetapi perlu diingat ! Cinta itu sememangnya suatu fitrah, jangan sekali-kali menjadikannya sebagai fitnah !

Sayang-sayang pembaca sekalian,
Cinta pada makhluk itu tidak akan pernah kekal,
Suatu masa nanti pasti akan pudar,
paling tidak pun orang yang dicinta itu akan meninggalkan kita,
Biarpun tempoh percintaan itu berabad-abad lamanya,
Tanpa restu dari Allah
tidak akan mampu bertahan hingga ke syurga.

Lihat saja,
kisah cinta si Romeo dan Juliet,
Cinta itu ada, 
tapi mereka mengorbankan diri sendiri
tanpa adanya tujuan yang jelas,
tidak seperti yang cinta kepada Allah,
Khalid al-Walid misalnya,
pun ingin mati kerana cintanya,
kerana cinta kepada Penciptanya yang pasti membawanya ke syurga.
Laila wa Majnun,
Qaisy kelihatan gila kerana cinta 
yang tinggi pada Laila
Akhirnya mereka 'pergi' dalam kecintaan itu.
Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya,
tidak pernah membuat kita gila, sayang.

Orang selalu mengatakan ;
                     "Cintakan bunga,Bunga akan layu,
                       cintakan manusia, Manusia akan pergi,
                       Cintakan Allah, Cinta hakiki."
Jadi, apabila "putus cinta" dengan makhluk-Nya, tidak perlulah untuk bersedih-sedihan sepanjang waktu. Tidak perlu bazirkan air mata untuk terus meratapi putusnya cinta itu. Sudah-sudah la, jika terputusnya hubungan cinta itu, maknanya dia bukan untuk kita. Allah kan dah menentukan siapa yang akan memiliki kita. Oleh sebab itu, janganlah terus bersedih. Yakin pada Allah. Biar kita tidak dicintai manusia, sayang. Asalkan kasih dan cinta Allah tidak akan pernah terpadam dan terputus buat kita. 

Allah cinta sebenar,
Cinta yang hakiki,
membawa diri ini ke syurga abadi,
usah dikhuatiri tajamnya mata insan
mencemburui,
usah ditangisi jika insan meninggalkan
kita pergi,
kerana Allah sentiasa ada di sisi,
setiap saat, detik, waktu, ruang dan inci 
hidup ini.
Yakinlah.

Sekadar perkongsian yang sedikit. harap mampu memberi manfaat. :)


               

Kasih Sayang dan Cinta Allah pada ciptaan-Nya

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Allah serta selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda. 
Alhamdulillah, sangat bersyukur rasanya kerana Allah masih mengizinkan kita untuk menyedut udara segar dan nyaman serta masih mampu berkelana di bumi-Nya ini. Tiada kenikmatan yang mampu dirasai melainkan   nikmat kasih sayang dan cinta Allah kepada kita. Setiap tempat yang ditujui, pasti terlihat kebesaran-Nya yang jelas menunjukkan kasih sayang yang mendalam-Nya pada kita. Cuma mungkin kita yang tidak pernah cuba untuk memikirkannya. Lihatlah, lautan yang terbentang luas, langit membiru, gunung-ganang yang tinggi memuncak, warna-warninya penduduk bumi. Subhanallah. Semuanya Allah ciptakan untuk kita kerana kasih sayang dan cinta-Nya. Tanpa lautan, gunung-ganang, suasana yang ceria, pasti bumi kelihatan kosong dan tidak bermaya, apatah lagi penghuninya kn ? Jadi, dengan adanya ciptaan-ciptaan Allah ini, kita sebagai penduduk bumi yang berakal merasakan ketenangan di sini, di bumi ini.

baiklah, saya kongsikan luahan ini untuk entri pertama saya tapi saya minta maaf kerana tidak menyertakannya dengan dalil2 khusus. Namun, kita sendiri boleh berfikir kan, tentang cinta dan kasih sayang Allah. :)

Haa .. ni ada sedikit gambar-gambar yang menenangkan. Jalan-jalan sekitar Penang mempertemukan saya dengan suasana indah ini . ;)