Friday, June 7, 2013

Cinta Makhluk vs Cinta Pencipta

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dan selawat ke atas Rasul junjungan. 

Pasti ramai yang mempunyai pengalaman bercinta dengan makhluk Allah bernama lelaki bukan? Apa perasaannya? bahagia? terluka? atau perasaan-perasaan lain pula yang hinggap? Apa yang pasti, setiap insan pastinya ada keinginan untuk mencintai dan dicintai. :). itu normal. tidak pelik pun, kerana fitrahnya memang begitu tetapi perlu diingat ! Cinta itu sememangnya suatu fitrah, jangan sekali-kali menjadikannya sebagai fitnah !

Sayang-sayang pembaca sekalian,
Cinta pada makhluk itu tidak akan pernah kekal,
Suatu masa nanti pasti akan pudar,
paling tidak pun orang yang dicinta itu akan meninggalkan kita,
Biarpun tempoh percintaan itu berabad-abad lamanya,
Tanpa restu dari Allah
tidak akan mampu bertahan hingga ke syurga.

Lihat saja,
kisah cinta si Romeo dan Juliet,
Cinta itu ada, 
tapi mereka mengorbankan diri sendiri
tanpa adanya tujuan yang jelas,
tidak seperti yang cinta kepada Allah,
Khalid al-Walid misalnya,
pun ingin mati kerana cintanya,
kerana cinta kepada Penciptanya yang pasti membawanya ke syurga.
Laila wa Majnun,
Qaisy kelihatan gila kerana cinta 
yang tinggi pada Laila
Akhirnya mereka 'pergi' dalam kecintaan itu.
Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya,
tidak pernah membuat kita gila, sayang.

Orang selalu mengatakan ;
                     "Cintakan bunga,Bunga akan layu,
                       cintakan manusia, Manusia akan pergi,
                       Cintakan Allah, Cinta hakiki."
Jadi, apabila "putus cinta" dengan makhluk-Nya, tidak perlulah untuk bersedih-sedihan sepanjang waktu. Tidak perlu bazirkan air mata untuk terus meratapi putusnya cinta itu. Sudah-sudah la, jika terputusnya hubungan cinta itu, maknanya dia bukan untuk kita. Allah kan dah menentukan siapa yang akan memiliki kita. Oleh sebab itu, janganlah terus bersedih. Yakin pada Allah. Biar kita tidak dicintai manusia, sayang. Asalkan kasih dan cinta Allah tidak akan pernah terpadam dan terputus buat kita. 

Allah cinta sebenar,
Cinta yang hakiki,
membawa diri ini ke syurga abadi,
usah dikhuatiri tajamnya mata insan
mencemburui,
usah ditangisi jika insan meninggalkan
kita pergi,
kerana Allah sentiasa ada di sisi,
setiap saat, detik, waktu, ruang dan inci 
hidup ini.
Yakinlah.

Sekadar perkongsian yang sedikit. harap mampu memberi manfaat. :)


               

No comments:

Post a Comment