Aku, Dia dan Pernikahan
Assalamualaikum.
Agak pelik tajuk entri kali ini. Malah lebih menjurus tentang hati dan perasaan ku kira. Aku pasti, jika ditanya kepada sesiapa saja tentu keinginan untuk menikah itu ada kan? Begitu juga aku. Sebagai seorang wanita, punyai keinginan untuk menjadi seorang isteri, isteri yang terbaik buat suaminya. Inshaa Allah. Tapi apalah daya ku sebagai insan biasa yang masih wajib tunduk pada ketentuan Tuhannya. Jadi, aku cuma menunggu waktu yang ditetapkan oleh-Nya untukku menjadi seorang isteri.
Sahabat pembaca yang kukasihi,
Indahkan hubungan cinta yang akhirnya tamat dengan perkahwinan. Namun, cinta yang tidak terluah itu akan lebih indah bila sampai waktu ia disatukan kepada yang dicinta. Aku suka dan agak terpengaruh dengan filem Ketika Cinta Bertasbih. Cinta di antara Anna Althofunnisa dan Abdullah Khairol Azzam. Cinta yang terpendam. dan hanya masing-masing yang tahu wujudnya perasaan itu. tidak diluahkan pun kepada sesiapa. Luahannya hanya pada yang Maha Esa, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Namun, akhirnya mereka bersatu dalam keadaan yang tidak diduga. Malah tanpa dirancang oleh mereka. Sungguh Allah lah perancang dan penentu yang Maha Hebat.
Aku sejujurnya, ingin memiliki cinta yang begitu. Inshaa Allah. Aminn. untuk pembaca juga. semoga Allah permudahkan. :)
************
Walau apapun, yang perlu kita ingat perkahwinan itu bukan sesuatu yang boleh dimain-main. Kalau boleh hubungan perkahwinan itu biarlah terjalin dan kukuh sampai ke syurga sejak dari lafaz akadnya disahkan. Perkahwinan dan pernikahan memerlukan persediaan. Persediaannya bukan sahaja dari segi keduniaan yakni perlu pandai memasak, perlu kepada kewangan yang stabil, rumah dan sebagainya. Tapi apa yang lebih penting ialah persediaan dari segi agama. Kedua-dua suami dan isteri mempunyai kewajipan untuk menyiapkan diri dengan agama. bukan sahaja menjelang perkahwinan tetapi seumur hidup. sejak dari sebelum kahwinnya, sampailah saat dia perlu tinggalkan dunia. Inshaa Allah, perkahwinan yang didasarkan untuk mencari redha Allah akan dipermudahkan jalannya.
Baiklah, kita sambung kemudian ya cerita yang seterusnya. Inshaa Allah akan kembali lagi untuk yang seterusnya.
Aku,
adalah wanita sederhana,
tidak rupawan,
tidak juga hartawan,
Aku cuma wanita biasa
yang punyai keinginan dan impian,
Cinta?
Jika padaku ditanyakan tentang cinta,
Aku cuma mampu tersenyum bahagia,
Bukan kerna tiada idea untuk menyatakannya
tapi hebatnya cinta,
Hanya mampu melahirkan senyuman di bibir
tanpa perlu lidah memebelitkan kata tentang cinta.
Kehidupanku adalah cinta,
Kusebar ke merata dunia,
Cinta adalah anugerah kehidupanku,
Hidupku bisa bahagia kerna cinta
juga bisa bersedih di kala aku menodai cintaku.
No comments:
Post a Comment